Welcome To My LongHouse

Sounds Of My Heart

Wednesday, 18 April 2012

PENCINTA TERBAIK (full)


bEnaRkAH......
KepErCaYaaN iTu SePerTI kRisTaL,,,
aPaBiLa JaTuh bErdErAi tAkkAn bERcaNtUm kEmbAli????-



“Jom la dear temankan aku pergi derma darah"pujuk ku lagi.
aku buat-buat muka comel depan sahabat baik ku tu.
aku tahu dia tak akan sanggup kecewakan aku.
"kau jangan nak buat-buat muka kesian depan aku ya Zara."balas mira.
"please..please dear.."aku tidak puas memujuk..
lagipun aku ni memang terkenal dengan taktik memujuk yang berkesan.Kelebihan yang hanya deketahui oleh orang terdekat saja.
Aku renung muka Mira dengan riak muka yang ala-ala muka kesian.
"yalah..yalah...aku temankan kau."akhirnya Mira setuju.
"thanks dear..hehehehe..."aku terus tersenyum lebar bila mendengar kata-kata itu terbit dari mulut mira.
“jom la kita pergi kat dataran Dewan Canselor”ujar ku dengan senyuman yang lebar.
Mira hanya mampu mengangguk. 
Perjalanan ke tempat derma darah aku dengan Mira diselubungi dengan kesunyian.
Aku tahu Mira fobia dengan jarum.  Apatah lagi jarum untuk derma darah tu sangat la besar baginya.
Aku bukannya saja-saja mengajak Mira untuk temankan aku.  Tetapi aku ingin dia hilangkan fobianya itu.
Sampai saja di dataran Dewan Canselor kami berdua melihat ramai orang yang suda dulu sampai.
“ Jom kita pergi kat kaunter pendaftaran dulu”ajak ku sambil mengheret tangan Mira menuju ke
kaunter tersebut.
Sampai di kaunter aku terus minta dua borang.
Satu untuk aku dan satu untuk Mira.
“Zara,aku tak mau la derma darah.  Kau kan tau aku ni takut tengok jarum..”ujar Mira bila melihat aku membawa dua borang.
“Mira sayang,sampai bila pun fobia kau takkan hilang kalau kau tak mengatasinya sekarang.”ujar ku dengan muka yang sengaja ku seriuskan.
“yalah,yalah..Mira akan ikut Zara derma darah”balasnya dengan muka yang mencerut.
Aku hanya mampu menahan senyum dari terbit di bibirku.
Oleh sebab barisan yang panjang dan prosedur yang banyak aku dan Mira menunggu hampir dua jam untuk menderma darah.
Semasa menunggu giliran untuk menderma darah aku dengan Mira sempat lagi la mencuci mata.
Untuk pengetahuan kau orang aku dan Mira mempunyai hobi yang pelik iaitu menganalisis pakwe yang lalu depan mata.
“Mira cuba kau tengok pakwe tu,yang sedang sibuk dengan Iphone tu”ujar ku sambil memuncungkan mulut ke  arah yang  di maksudkan.
Secara automatik kami berdua memandang ke arah itu.
“emmm…not bad.”ujar Mira
“yup..not bad.  Tapikan mesti dia tu playboy. Tengokla dari tadi tak habis-habis dengan phonenya.”ujar ku dengan sinis.
Mira hanya diam saja bila mendengar kata-kataku. Aku tahu Mira selalu tidak setuju dengan pendapat ku yang satu ini. Namun dia masih menghormati pendirian ku.
Aku memang pantang dengan spesis playboy a.k.a BUAYA DARAT ni.
Aku punya sebab tersendiri untuk bersikap demikian.
Entahlah sampai bila aku harus hidup dalam dendam.
Keadaan ni mengingatkan aku tentang sejarah silam yang tak mungkin ku lupakan.

*********************************************************
“ Akak ,jangan pernah berdendam dengan abah, ya nak..”ujar mak dengan wajah yang sayu sambil menahan kesakitan yang dialaminya.
Aku hanya mampu memandang wajah mak tanpa riak. Hati aku sekarang lebih keras dari batu.
Mana mungkin aku melupakan apa yang abah telah lakukan pada mak.
Tak mungkin aku lupa sampai bila-bila.
Tak mungkin teriak hati kecil ku. Pedihnya sampai ke relung hatiku. Orang yang sangat aku sayangi dan percayai pada masa dulu telah mengkhianati kepercayaan yang telah aku ,adik dan mak berikan.
“tolonglah akak maafkan abah. Jangan akak teruskan dendam yang dalam hati tu. Masa mak pun akan tiba tidak lama lagi.”ujar mak dengan menahan sebak dengan kedegilan ku.
“ Mak harap satu hari nanti akak akan boleh memaafkan abah”ujar mak lagi apabila melihat aku hanya membatu sambil mengusap rambutku dan adik.
Aku sangat sakit hati bila melihat mak masih lagi berpura-pura tabah. Sedangkan aku tahu hidup mak penuh dengan sengsara. Orang lain bolehlah  mak  bohongi tapi bukan aku.

“miss,..miss..”aku tersentak dari lamunan. Suara nurse yang bertugas mencantas lamunan ku..
“yes?”ujar ku kepada nurse itu.
“Giliran miss untuk derma darah”ujar nurse tersebut..
“ohh”..hanya itu yang terkeluar dari bibir ku.
Aku mengambil tempat untuk menderma darah sambil menunjukkan tanda peace kepada Mira.
Aku lihat Mira sudah bersedia untuk turut menderma darah.
“Mira ni kau ditepi aku ni. Supaya nanti aku senang nak tengok kau bila aku dah siap. Aku ni nanti bukannya lama pun. Mungkin tak sampai 20 minit”ujar ku kepada Mira.
Mira terus mengambil tempat disisi ku. Aku perhatikan Mira semasa nurse tersebut mencucuk jarum di lengannya. Nampaknya fobia Mira telah hilang. Dia mampu untuk memandang jarum itu.
“ nah..kan aku dah cakap. Bukannya sakit sangat pun.”ujar ku alagi
“yalah. Tak  sakit pun.”kata Mira sambil tersenyum.
Memang aku tidak mengambil masa yang lama untuk memenuhkan paket darah yang berisipadu 350ml tu. Lepas nurse membenarkan aku untuk bangun,aku terus duduk di kerusi yang terletak di tengah aku dengan Mira tadi.
Aku yang sudah siap hanya menganggu Mira lah kerja ku. Mengambil gambar-gambar Mira secara kandid.
“miss..miss”serentak dengan panggilan itu bahu aku terasa tercuit oleh seseorang. Lantas aku berpaling ke tempat aku menderma darah tadi yang telah diganti oleh seorang lelaki.
“yes..may I help you?”aku dengan muka kehairanan bila melihat wajahnya yang pucat.
“emm…hensem juga mamat ni”ujarku hanya dalam hati
“boleh tolong panggil nurse. Saya rasa pening”ujarnya dengan muka yang tidak bermaya.
“Kesian pula dengan mamat ni.”detik hati kecil ku.
“nurse tolong sini sekejap. Dia pening”ujarku kepada nurse yang berdekatan sambil menunjuk ke arah pemuda yang disebelah ku.
Aku bergerak ke tepi sedikit untuk memberi ruang kepada nurse tersebut memeriksa keadaan lelaki tersebut.
Aku hanya memerhatikan nurse mencabut jarum dari lengan lelaki itu.
“awak tak ambil sarapankah pagi tadi?”Tanya nurse tersebut sambil meneruskan kerja-kerjanya.
“ya nurse. Saya tak sempat untuk ambil sarapan sebab tadi ada kuliah awal”ujarnya dengan lemah.
Timbul rasa simpati dalam hati ku.  Aku pun tak tahu kenapa aku boleh simpati dengannya. Sedangkan selama ni aku jarang bersimpati dengan spesis mereka. Puas ku renung ke arahnya. Ku lihat dia sedang memejamkan matanya sambil memicit kepala. Timbul rasa yang tak pernah ku rasakan selama ni apabila melihat keadaannya.
“Excuse me,.you nak minum air tak”?tanya ku sambil memandang wajah pemuda itu.
“emm.,.boleh juga”,balasnya dengan senyuman yang sukar untuk ku tafsirkan.
Aku tergamam seketika melihat senyumannya. Pantas aku mengusir rasa yang baru bertamu.
“ish..kenapa dengan aku ni.? Jangan kau lupa dengan apa yang telah terjadi pada mak.”aku cuba meningatkan diri ku sendiri.
“ya aku harus ingat itu”,ujar ku lagi
Pantas aku ke tempat mengambil air untuk lelaki tersebut.
“ehm..ni air you”ujarku sambil menyuakan air teh susu suam untuk pemuda yang tak aku tahu namanya itu.
“thanks”ujarnya. Tapi hanya aku balas dengan senyuman. Aku pun tak tahu kenapalah senangnya aku memberi semyuman kepada lelaki bermata sepet itu.
Aku lihat Mira hanya memandang aku dengan muka kehairanan. Tapi aku hanya buat-buat biasa saja.
“ehmehmmmm…diam-diam jatuh cinta,mata bertentang mata”kedengaran suara Mira mula mengusik aku.
“Mira,kau jangan ya. Nanti kau aku kerjakan”ujar aku memberi amaran.
“hehehhee..peace”ujarnya dengan muka tak bersalahnya sambil ketawa.
Aku hanya mampu menggelengkan kepala melihat telatah Mira. Mira telah siap pun menderma darah.tapi aku tak benarkan dia bangun terus sebab takut dia pitam. Aku hanya memandang nurse yang sibuk menguruskan para penderma yang lain.
“Mira kau tak apa-apa ka ni?”aku cemas bila melihat wajah Mira tiba-tiba pucat. Namun Mira tidak menjawap aku. Terus aku baringkannya lagi.
“Nurse,kawan saya pengsan ni”ujar aku dengan cemas.
Aku lihat beberapa orang nurse bergerak ke arah Mira. Aku terus pergi ke arah beg aku dengan Mira untuk mengambil tisu.
“kau ok ?”ujar ku bila melihat Mira sudah sedar bila aku sampai.
“emm..aku ok..Cuma tadi aku tiba-tiba pening bila ingat tentang jarrum tu tadi”ujar Mira sambil senyum.
“ciskek punya kawan. Kan aku dah kata jangan ingat jarum tu la. Tapi kau degil”balas ku sambil pura-pura mahu menjentik telinganya.
                   
                            ****************************
“oi setan..!!..lepas kan tangan aku la.”ujar ku dengan perasan marah yang membuak-buak.
Aku berusaha untuk melepaskan lengan ku yang dipegang oleh mamat gila tu. Jangan ingat aku ni macam girlfriend dia yang lain tu.
“okey,aku lepaskan. Tapi boleh tak kita bincang sekejap”ujar mamat gila tu a.k.a Ezmyr Amsyar.
Terus aku tarik tangan ku bila terasa pegangannya longgar. Memang lelaki ni sangat gila. Sepanjang hampir 4 tahun aku disini, ni la kali pertama aku menjadi buruan seorang lelaki. Memang dia ni seorang yang tidak putus asa dalam mengejar keinginannya. Almaklumlah crocodile land a.k.a playboy.
“ Apa lagi yang awak nak hah?,ujar ku dengan muka yang cemerut. Malas betol mahu layan lelaki spesis ni. Huh..menyesal betul ku tolong dia 2 bulan yang lalu. Kenapa la aku tak biarkan dia pengsan. Biar dia rasa.
“ Saya nak awak boleh?”ujarnya dengan senyuman yang paling menggoda. Aset yang sering digunakan untuk memikat para wanita.
“cis..kalau dengan perempuan lain boleh la senyuman awak tu mencairkan hati mereka. But not me ok. Boleh blah lah”. Desis ku dalam hati.
“Boleh tak kau yang main-main? Aku tak ada masa nak layan kasanova seperti kau. Kalau tak ada apa-apa lagi saya mahu pergi dulu.”aku terus melangkah tanpa mempedulikan panggilan mamat kasanova itu.
                                  *****************
“Dusshh…” Aiikk…hujan ke hari ni?.tak kan la kafe ni bocor bumbungnya.”desis ku hati bila terasa ada air yang mencurah ke atas diriku.
“oi..betina gatal!!..kau jangan cuba-cuba untuk goda Emir lagi.! Kalau aku tahu kau masih lagi goda dia jaga kau!.Tiba-tiba punca “hujan”tadi menjerkah aku yang sedang syok-syok menikmati  wantan ho kegemaran ku ini.
“oo..ni la punca hujan tadi”
Baru saja aku mahu angkat dari kerusi,minah gedik tu dah pun blah begitu saja.
“nasib kau baik hari ni minah. Nanti kau rasa. Ada lori ada bas, nanti kau rasa pasti aku balas.”desis aku dalam hati dengan perasaan bengang.
Tak  pasal buat tayang free dekat kafe. Adoi malunya. Mata-mata di kafe merenung aku dengan pelbagai reaksi. Tapi aku hanya tayang muka slamber badak saja. Kesiannya badak jadi plak mainan aku. Hehehe.. Biarlah mereka buat andaian sendiri. Ada aku kisah. Yang paling penting aku menikmati wantan ho aku ni..
“woi beb,napa kau basah ni”terkejut beruk aku dengan sergahan dari Mira. Maklumlah sedang menikmati keenakan wantan ho masakan pakcik kafe ni.
uhukk..uhukk..oi..!! agak-agak la kau dear kalau mahu tegur tu. Tengok la timing dulu.”kata ku dengan nada yang tidak puas hati. Apalah kawan aku sorang ni. Mahu aku mati cepat kali.
“hehehee… sorry dear..nah minum dulu air ni..”kata Mira. Lantas aku meneguk air itu dengan rakus.
“ Ni napa kau basah ni? Aku tengok tiada pun hujan dear..”ujar Mira dengan muka herannya.
“ Ehemm… tadi masa aku tengah syok menikmati wantan ho ni,datang sorang minah gedik. Tiba-tiba mandikan aku dengan air neslo kesayangan aku. Nampaknya hari ni tak dapat la aku nikmati  air fravorite aku tu. Huhh,…nasib-nasib…”..  Mira hanya memandang aku dengan riak tidak percaya bila aku habis memberitahunya drama sebentar tadi.
“ kau biar betul beb? Napa kau tak balas balik?” Aku hanya mengangkat bahu untuk menjawab soalan Mira tu.

                       **************************************
“ Honey,you tengok apa perempuan tu dah buat kat I? Habis baju mahal I ni basah”rengek minah gedik tu.
Aku hanya tersenyum sinis melihat aksi gediknya itu.” Ada ku kesah” Rasakan kau. Itulah sapa suruh cari masalah dengan aku. Ezmyr hanya terkaku disebelah minah tu bila melihat aku menyiram kekasihnya tu dengan jus carrotnya. Habis lecun perempuan tu.”hehehhee......”Rasanya seperti mahu tergelak besar-besar aku di situ. Tapi nasib baik boleh dikawal lagi.
“Lain kali jangan nak serang orang sebarangan. Tanya kau punya boyfriend ni.sapa yang kejar sapa sebenarnya”ujar ku sambil menunjuk muka Ezmyr. Aku tidak peduli dengan pandangan orang yang berada di kafe tu yang melihat drama swasta yang kami lakonkan. Lepas habis berkata-kata terus saja aku pergi meninggalkan meja Ezmyr dengan riak tidak bersalah.
“Zara! Wait..” “huh…napa lah langgau ni banyak sangat.. mesti dia ni ada kat mana-mana saja. Bencinya.”desis ku sambil melajukan lagi langkah ku.
“hei!..how dare you?!sapa suruh tu pandai-pandai pegang tangan aku ni?!”ujar ku sambil terus menyentap pegangan Ezmyr. Namun pegangannya terlalu kejap sehinggap sentapan terus menyakiti lengan aku sendiri.
“ok.ok..sorry..tapi I takkan lepaskan you selagi you tak mahu jadi Girlfriend I..”selamber badak ja mamat ni berkata-kata..Huh..ingat aku heran sangatkah setakat jadi girlfriend dia tu?..
“sorry bro. you salah orang.kalau setakat nak jadi girlfriend lelaki seperti kau aku tak heranlah. Tak terliur pun nak couple dengan buaya darat macam you.”puas hati ku bila menghampurkan kata-kata seperti itu terhadap mamat sewel ni. Memang patut dia kena dengan aku. Memang dasar lelaki semua sama saja. Tak pernah boleh setia pada yang satu.
Fine…kalau itu keputusan awak . Tapi saja harap awak tak akan menyesal dengan apa yang awak dah ucapkan tadi. Aku lihat muka mamat ni sudah berubah tegang. Tapi ada ku kesah. Aku hanya senyum sinis memandang dia.
“Ezmyr Amsyar,saya takkan pernah menyesal dengan apa yang saya katakana tadi. Saya harap awak clear dengan apa yang saya katakan tadi. Lepas ni saya tak nak lagi lihat muka awak muncul depan saya”.ujar ku dengan nada yang slamber. Harap-harap mamat ni mengerti dengan apa yang aku katakan. Lagipun aku bercakap bahasa melayu. Bukannya aku cakap bahasa asing pun.
“Takkan menyesal ya?”tiba-tiba aku mendengar suara Ezmyr betul-betul di telinga ku. Aikk, bila masa mamat sewel ni dekat dengan aku. Aku cuba menjarakkan diri dari mamat tu. Tapi tak berjaya kerana tubuh aku telah terkurung oleh tangan Ezmyr dengan dinding. Aku berasa takut melihat keadaan yang berlaku sekarang. Tambahan dengan keadaan dewan kuliah yang sunyi ni. Maklumlah sudah hampir pukul sepuluh malam. Lagipun ni hujung minggu. Mana ada orang. Kami tadi pun ke sini sebab ada meeting tentang program motivasi untuk mahasiswa.Menyesal aku menyuruh Mira dulu ke perhentian bas tadi. Kalau tak mesti Ezmyr tak buat aku macam ni..huhuuuuu…
“Aa..pa you buat ni.?Lepaskan saya lah..”ujar ku dengan takut-takut. Menyeramkan betullah riak wajah Ezmyr sekarang. Tak pernah pun  dia beriak seperti itu selama ini walaupun aku sering marah dia depan orang ramai.
“Lepaskan you?..never my dear..biar sampai esok pagi pun aku sanggup macam ni kalau awak tak terima saya”ujar Ezmyr sambil cuba untuk mengusap wajah ku.
Aku yang pada awalnya takut mula berasa sangat marah bila Ezmyr cuba mengambil kesempatan ke atas aku. Entah di mana aku mendapat kekuatan. Aku menolak tubuh Ezmyr sehingga dia tertolak dari tubuh. Aku terus berlari bila melihat Ezmyr telah terduduk di simen. Huh ..rasakan kau lelaki miang,sewel.. memang dasar lelaki selalu mengambil kesempatan ke atas wanita yang lemah. Tapi aku tak akan menangis gara-gara hal tadi. Aku telah mengasuh hati ku sehingga kebal untuk tidak akan menangis lagi kerana lelaki. Cukuplah aku menangis bila melihat mak bertarung dengan maut dan abah tidak berada disisi kami saat itu. Cukup hanya sekali aku menangis.
                                   
                                    ************************
“ Saya benci awak Ezmyr!!..i hate you!!...hate you!!...sampai hati awak buat saya macam ni”,ujar aku dengan liangan air mata. Akhirnya aku menangis lagi kerana seorang insan yang bergelar lelaki. Aku tak mampu lagi mempertahankan prinsip aku untuk tidak menangis lagi kerana lelaki. Aku tak mampu bertahan bila maruah aku diperkotak-katikkan.
“Sumpah Zara. Saya takkan menggunakan cara yang seperti ni untuk mendapatkan awak walaupun saya betul-betul mencintai awak.”kata-kata Ezmyr tu seperti hanya pembohongan yang cuba untuk mempertahankan dirinya bagi ku.

Sudah 3 bulan peristiwa yang memalukan itu berlalu..Aku di tangkap basah dengan Ezmyr  ketika percutian bersama-sama dengan kawan-kawan yang lain. Aku tidak tahu bagaimana Ezmyr boleh ada di pantai yang gelap tempat aku melepak itu. Ingatkan mahu release tension denagn kawan-kawan sebelum zaman mahasiswa tamat. Tapi akhirnya dapat kahwin free. Selama itulah usia pernikahan aku dengan Ezmyr.
Walaupun sudah kahwin tapi aku dengan Ezmyr tetap seperti tidak kahwin. Aku tahu aku berdosa tapi rasa sakit itu ada sampai sekarang. Tidak aku nafikan sepanjang tempoh perkahwinan aku dengan Ezmyr yang dia sangat baik dan bertolak ansur. Tapi aku tetap menafikan apa yang aku rasakan terhadap Ezmyr..ya menafikan yang aku memang mencintai dia sejak dari awal pertemuan kami lagi.
“Sayang,boleh tak pandang muka abang ni sekejap saja?”kata-kata Ezmyr aku biarkan sepi. Aku sengaja memandang novel  Sebenarnya Aku Isteri Dia yang aku baca.  Pura-pura tidak peduli dengan Ezmyr.Tapi dalam hati aku memang dah lama cair dengan senyuman dia yang sangat sweet  itu. Ingin ku gigit-gigit pipinya yang ada lesung pipit itu.. “Heheehe…gatal juga kau Zara”desis ku dalam hati.
“sayang,best sangat ke novel tu sampai sayang tak pandang pun wajah abang yang hensem ni?ujar Ezmyr lagi dengan nada yang sayu.
Ni yang aku tak tahan ni. Memang dia ni tahu kelemahan aku. Walaupun aku nampak macam hati batu tapi sebenarnya seorang yang sangat mudah dipujuk.
“yes, encik Ezmyr Amsyar..apa yang boleh saya tolong?ujar ku sambil menutup novel yang ku baca.
Ku lihat Ezmyr sedang pegang gitar. “ Kenapa la mamat sorang ni..?desis aku dalam hati.
“saya nak mainkan satu lagu untuk awak dan lagu ni merupakan isi hati saya terhadap awak.”ujarnya. Ezmyr terus memetik gitar sambil mengalunkan sebuah lagu yang sangat menyentuh perasaan aku sehingga ke relung hatiku.
                         Berikan aku peluang sekali lagi
               Untuk membukti kasih sejujurnya dihati
              Maafkan seandainya cintaku tidak sempurna
                Kaulah insan pertama berpacaran dengan ku
            Dan bersamaku mahu masa depan yang kukuh
             Maafkan seandainya aku masih amatur cinta
                          Luangkan diri ini lebih masa
                 Lengkapkan kekurangan yang ku ada
            Temankan dikala ku memerlukan bimbingan
          Sehingga diriku menjadi PENCINTA TERBAIK
           Bukan dengan sengaja tidak cukup prihatin
          Ku harap engkau sabar dan rasa lebih yakin
             Maafkan seandainya aku masih amatur cinta
                          Luangkan diri ini lebih masa
                 Lengkapkan kekurangan yang ku ada
            Temankan dikala ku memerlukan bimbingan
          Sehingga diriku menjadi PENCINTA TERBAIK
           Maafkan seandainya aku masih amatur cinta
                          Luangkan diri ini lebih masa
                 Lengkapkan kekurangan yang ku ada
            Temankan dikala ku memerlukan bimbingan
          Sehingga diriku menjadi pencinta  ooohhh…
                  PENCINTA TERBAIK..
Aku tidak dapat menahan perasan terharu bila Ezmyr menghabiskan lagu itu. Air mata aku menitis tidak dapt dihalang lagi.
“shh…jangan menangis lagi sayang”ujar Ezmyr lantas menarik aku ke dalam pelukannya.Aku terus membalas pelukan Ezmyr. Aku tidak dapat membohongi hatiku lagi yang aku menyintai suamiku ini. Dialah juga orang yang telah membantu aku untuk memadamkan dendam yang ada dalam hatiku selama ni. Kesabaran dan cinta Ezmyr terhadap aku ibarat penawar kepada kedukaan dan dendam aku terhadap kaum Adam selama ini.
“Terima kasih abang kerana berusaha untuk menjadi pencinta terbaik untuk sayang selama ini”ujar aku dengan malu-malu.
Kini aku tenggelam dalam lautan kasih sayang seorang insan yang bergelar lelaki bernama Ezmyr Amsyar. Lelaki yang berusaha untuk melengkapi kekurangan yang aku ada. Walaupun,dia orang yang aku benci pada mulanya. Namun kini dia merupakan pencinta terbaik buat seorang insan yang bernama Zara Uzma seorang wanita yang tidak percaya pada cinta.

*akhirnya dpt jga sya hbskn cerpen ni.tp tak taw la samada korang suka.
*maafkan sgla kekurangan yg da dlm karya sya ni.
*hrp korang bole la bg teguran tuk sgala kekurangan yg ada.
*cover tuk karya ni atas jasa Sis Ria Natsumi..tq sis..
*tuk my BFF tq sbb slalu bg sentiasa mdorong sya.wpun sya ni kdg2 mencarut2.
*tq to all of u...luv u all..


                                                    ni la Zara Uzma...

Monday, 2 April 2012

PENCINTA TERBAIK (INTRO)

"SEANDAINYA KAU CATATKAN DIA UNTUKKU,
SATUKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU"


kempen derma darah telah menemukan dua insan dari dunia yang berbeza.Ezmyr Amsyar seorang pencinta wanita yang tidak pernah jemu mengejar wanita.Zara Uzma ,seorang yang tidak percaya pada cinta.pertemuan itu telah mengundang getaran dalam diri anak Adam.

Ezmyr Amsyar:Bercinta biar beribu tetapi cinta sejati hanya satu.
Zara Uzma: Single is better,Couple is trouble


Ezmyr Amsyar setia menagih cinta si dara..Namun tidak pernah dihiraukan oleh Zara Uzma..Namun,percaturan takdir tiada siapa menjangka.Keadaan ini merubah segalanya..


                                           Ezmyr Amsyar







tak sempat plak nak update blog hri tu...sbnrnya kali ni nak upload jga pic tuk bday surprise ke-2(29/03/2012,--at kompleks sukan ums)...tak sangka tahun ni 2 kali sambut bday...hohohohoho...byknya org sayang aku...baru aku tahu...(hehehehe....perasan sekejap)
ni la dia org yg diraihkan..cute kan??(hehehe)
org yang memberi surprise bday(hehehe) video
lagu bday khas dri kosmate (huhu..terharu sgt)